Entry 7
Masa outing 1 malam kat KL hari tu, aku betul-betul had fun sangat² dapat habiskan masa dengan semua. Apatah lagi main theme park pulak tu, lepas tu karaoke, bowling bagai... Aku jenis pendiam, tak ramai kawan rapat. So macam bila hang out dengan a group of friends and really having fun, ni pertama kali buat aku. Kenangan yang cukup indah. Ahad hari terakhir outing, masa korang hantar aku balik, masa tu tak ada sedih². Bukan main gembira kita semua kan? Aku siap babai happily lagi. Masa ni aku seronok sangat sampai aku lupa sekejap kenyataan sebenar. Plus, the fun things masih segar dalam ingatan.
Sampailah ke hari esoknya isnin, aku pergi MPOB ingatnya nak duduk perpustakaan siapkan laporan. Alang² tu hantar sekali kad kuning. Turns out the library was still closed and will stay that way for a long time. Takda hala tuju lain, aku duduklah surau inovasi.
This is when the reality hits me, so hard. Bila aku bersendirian dalam surau, macam² aku sedar. Semua orang dah takda. Kau dah takda. Aku dah tak dapat jumpa kau hari² macam sebelum ni.. Aku dah tak dapat berada di tempat kerja dengan kau setiap hari.. Jawapan kau, aku belum tahu.. Paling penting, lepas habis intern... kau dah takkan hadir dalam hidup aku lagi ke? Ya Allah, hati aku penuh sebak. Aku tahan sebab aku masih ada kat surau dan takut ada orang masuk. Berkali² rasa nak melimpah, tapi aku tahan, tahan.. Dahlah masa tu tengah kira perbelanjaan outing, dengan nak jumpa Kak Jana lagi. Memandangkan macam tak boleh pun nak buat laporan, aku pun balik awal (sbb mama cuti). Aku niat nak mandi, jadi aku ambik tuala, masuk bilik air, termenung, terimbas kembali, dan pecahlah empangan aku...
Mak aku ada ketuk bilik air sekejap, tanya apa entah, tapi mestilah aku pura² okey dan maintain suara steady. Memang bersungguh aku nangis. Dan itulah kali pertama aku menangis kerana lelaki... Nak cerita masa kau reject, tu tak payah cakaplah. Berhari² juga aku nangis. Dah 3 minggu berlalu pun kepala otak aku tak lekang daripada fikir pasal kau. Tambahan pula bila tengok IG reels semua tak habis² relatable pasal heartbroken lah, orang yang kita cinta lah, haih macam tak jemu² je air mata ni nak mengalir ya?
Comments
Post a Comment